11/29/09

atok yang lucu, perut yang sakit, inai di muka, rewang di kampung dan hadiah hari jadi

hari jumaat, sabtu dah hari ni, ahad adalah tiga hari yang aku luangkan masa di kampung. memang best. apa lagi kalau anda ada lebih dari 30 orang sepupu, pakcik2 dan makcik2 yang lawak dan atuk yang lucu.

nak pulak waktu tu anda boleh sental segala macam lauk pauk dan hidangan yang indah hasil air tangan penduduk kampung anda. sehari boleh sampai lima, enam set makanan yang anda santap.

masa sepupu aku kawen, malam tu sempat la kitorang bwat karoake stail family2 punya santai. ntah siapa yang nyanyi pun aku tak tau. nak kata family, tak kenal lak aku ni. mana taknye, penduduk dua tiga langkah kampung dari kampung aku pun boleh singgah, inikan pulak penduduk kampung seberang.

lepas kul 12mlm, akak aku mula lah nak me'nyumbang'kan lagu. aku pun kira terpengaruh jugak la. sempoi je nyanyi lagu matahariku kononnya hadiah hari jadi aku.dapat gak la bunga sejambak dua..heh..heh...

masa tu semua la sebuk nak berinai, konon amik berkat orang kawen. nasib baikla aku tak terjebak. lagi2 kalau ada yang tidur stail2 bergusti, tepuk2 nyamuk sampai ke muka. memang bertempek la inai tu di muka. lagi2 bila bangun subuh ada yang berair mata bila terpandang muka yang dah berceloreng gaya orang nak masuk hutan untuk berperang dengan bintang tiga. terpaksa la aku yang baik hati ni menyental muka masing2 untuk hilangkan inai tu...isk2..tak senonoh betul.

'yuma..yuma tgk muka aku ni..huhu'

'menyesal aku tak basuh dulu sebelum tido...'

'aku tak nak pakai inai lagi..' tu yang ayat paling aku takleh nak cover. aku tanya la dia nak pakai tak masa kawen nnt.

'aku tak nak pakai inai masa kawen, aku tak nak pakai inai lagi..'

hehehehheh..suka hati hang la

pukul 6.10 pg, aku dengar atuk aku membebel di bilik air, bercerita kesah aku dan akak menyanyi karoake semalam. dia kata buyut aku dulu bangsawan, penyanyi ghazal. akak aku pun tanya la dia kenapa dia tak karaoake semalam

'aku kalau karoake nyanyi lagu jepun'

akak aku punya la ketawa. stail2 orang ketawa kena tipu.

'betul...' start dari ayat tu, ntah apa perkataan yang keluar dari mulut dia pun aku tak pasti. memang betul lagu jepang.perghh...

'dulu abang kte blajar sekolah jepun. dia asik menayanyi je, tu yang kite ikut hafal sampai sekarang...'

lagu yang atuk aku nanyi adalah lagu kebangsaan jepun. lucu2..lu bayang la aku punya terkejut masa tu. aku ni yang dah bahasa spanish tahap 2 pun tak teringat sepatah nak buat ayat..heheh

mmg gila2 best buat kerja ramai2. rewang orang kampung la katakan. tapi yang paling tak best, bila anda makan lima, enam set makanan berat satu hari, anda akan merasakan sakit perut yang teramat sangat sepanjang hari keesokannya.

11/26/09

dilema seorang bukan pelajar, mistik bilik tidak berpenghuni

aku bukan lagi seorang pelajar. aku dah sedia maklum. nak buat apa lepas ni? xkan la dah nak sibuk2 kahwin pula (walaupun ada yang dah tanya 'awak nak kawin dengan saya tak?' semalam..hot2). atau mungkin daftar dengan ny body solution. sungguh mustahil.

untuk bekerja dan sibuk2 mencari kerja pun sudah lama modus operandi bermula. cuma belum gagah dengan ilmu temuduga yang bukunya mencecah beratus mukasurat dan tulisan bahasa asing yang kadang2 aku tak pasti apa maksudnya.

untuk minggu pertama, kerjaya aku adalah bibik sepenuh masa tanpa gaji dan misinya adalah memastikan keharmonian rumahtangga terjamin tanpa kuman2 dan kotoran degil, serta perut seisi rumah terisi dengan santapan yang berkhasiat. ini termasuk mengemaskini sebuah bilik yang dah setahun lebih tak berpenghuni. setelah sehari membanting tulang dan meranapkan sawang2 di bilik tersebut, dengan bergayanya aku mengambil langkah menidurkan diri di situ.

satu malam, ok lagi. ada sikit gemuruh.

dua malam, bangun tidur dah lebam2 badan.

tiga malam, aku lari2 dan tidur semula dalam bilik lama aku. mistik betul..kan3?

belum menamatkan dilema aku seorang bibik, kerjaya ini akan ku tamatkan dengan penuh kehormatan dengan meyusun strategik modus operandi selepas hari raya haji. siaplah semua kilang2 di johor ni!

dan,

Salam Aidil Adha. semoga kisah Ibrahim dan Ismail mengisi tabir keinsafan anda pada ketika ini.

11/18/09

beliau buat aku terharu

semalam, aku cari penyelia untuk final projek . tapi dia dah hilang. cuti seminggu. tinggalkan aku terkontang kanting ngan kawan2 kat sini. geram2...jadi aku jumpa penyelaras untuk settlekan problem. sekali kena marah. tak bengang pulak aku ni...

mula la takde mood nak siapkan final projek.penyelia takde, penyelaras marah..

then petang tu, aku terima informal letter dari penyelaras. debar ni, huhu.. takut projek kena reject.

sekali kat dalam surat tu tulis : to me n my friend,

'i apologize for my behavior this morning, which i was unable to contain tremendous pressure i has due to inefficient administrative issues i have to shoulder. believe me, it was not me at all and i apologize for my mistakes. i pray you will end the study here with flying colour and success in facing the real outside working environment. Good luck'

terharu dan menitik gak air mata ni. he's an academician (ajar aku international business) with really good heart.

petang tu gak aku siapkan thesis aku!

thanks cik mat. u r d world best educator n im really lucky to met u throughout my journey...!

11/11/09

bila tangan lenguh sebab injeksen, hati panas atas sebab2 yang aku tak pasti

pengumuman. semalam aku menerima edukasi dari cerita korea yang aku tonton semasa menyiapkan tesis, injeksen yang aku terima adalah 'tetanous'.. ia adalah pencegahan penyakit yang boleh membuatkan tangan aku di amputasi.

tapi itu bukan masalah sebenar. masalah sebenar ialah tesis yang aku buat sepanjang tahun. dan sebab penyelia kata aku lambat, sedangkan masih ramai kawan2 aku yang tgh berpoya2 lagi. aku tak kesah.

lagi masalah bila dah la anda nak sekurang2nya b+ untuk tesis 4jam kredit yang anda hantar lambat tu, mungkin jugak anda tak dapat sebab anda sibuk habiskan masa dengan menonton cerita korea semalaman dengan hasil edukasi tentang penyakit tetanous.

11/10/09

aku beritahu doktor aku sakit lain, tapi dia bagi aku injeksen untuk penyakit yang tak kool langsung nak sebut kat sini.

hari ni lepas paper pertama aku yang aku keluar sejam sebelum masa tamat, aku ke pusat kesihatan universiti aku. takde orang, lepas tunggu nama aku keluar dekat layar dan nombor bilek doktor, aku cepat2 masuk jumpa dia.

'awak sakit apa?'

aku cakap aku sakit mulut. ada 3 mata ikan ni ha, ley lepak kat mulut aku.

'haa..tula, x makan sayur'

aku kata aku nak bonjela, kat luar mahal rm14.90, belum kaya lagi nak beli.

'ok, saya kasik awak bonjela. kasik vitamin c la siket untuk org yang tak makan sayur macam awak dan panadol, makn kalau sakit'

aku cakap ok.

'meh sini saya check tekanan darah awak, before this rendah kan?'

dia tengok kat medical history aku. aku pun dengan kool nya ckp ok.

'eh, ni apa?'

dia singkap lengan baju aku nmpak lebam2 kat tangan. aku ckp kena cakar ngan kucing.

'cakar kucing ke cakar harimau?, lepas ni amik injection. nnt kang tak pasal2 kena kancing gigi pulak'

aku bilang tak perlu. aku kool.

'xde2. pergi amik. nnt paper ni send dekat nurse'

last2 kena gak....huhuhu. aku memang tak suka kena injek. last kena injek sebab aku gastrik. dua das. seingat aku, malam tu aku langsung takley jalan. oh!

11/6/09

ohoh..final sem!

1. Aku sedang final sem

2. Lagi tiga hari kertas pertama aku

3. banyak lagi yang aku belum study

4. Aku tgh lapo

5. Aku kena study

6. Arghhhh!!!! apa yang aku buat kat sini?!

11/5/09

aku ada 2 kawan yang betul2 komplikasi untuk aku story, tapi aku story gak

aku ada kawan.yg aku nak cerita ni pasal 2 orang. kami rapat yang ala2 biasa2 rapat la (haha..sebenarnya aku pun xtau nk explain camne).lelaki dan perempuan. satu malam, yg lelaki ni ajak aku tgk wayang, aku kata ok je. so i assumed that we would go bertiga. tapi tak, aku n dia berdua je.

And on the way balik, lelaki ni britau satu rahsia

'actually i suka xxx'

aku jawab aku dah agak.lama dah.

'whats trait of me that making u said that?'

aku cakap aku cuma tau. tak de sebab.

'she's so far, close but far'

fikiran aku macam crita echanted. lagu jon mclaughlin. dia kata dia beritahu itu pada xxx sebulan dah, dan mahu ia jadik rahsia daripada aku. last2 dia kantoi gak britau aku. dia yang nak britahu sendiri. perempuan tu tak tahu yang aku dah tahu :)

aku ingat balik apa yang perempuan tu pernah cakap pada aku

'ada ustaz beritahu saya yg jodoh saya susah. dia cuma tgk dari jauh je'

aku cuma diam setiap kali dengar dia cakap camtu.kalau nak beritahu komplikasinya, ia lebih kepada lelaki tu adalah jari kelingking di tangan anda dan perempuan itu adalah ibu jari juga di tangan yg sama. jauh kan?

11/3/09

pembukaan belog aku

hari ni, aku telah mencipta sejarah dengan membina belog aku sendiri.ntah mimpi apa.bukan setakat frenster yg da bbulan tak ter'update', fesbuk lagi la tak penah nak bertukang.hohoho.siap2!