hari jumaat, sabtu dah hari ni, ahad adalah tiga hari yang aku luangkan masa di kampung. memang best. apa lagi kalau anda ada lebih dari 30 orang sepupu, pakcik2 dan makcik2 yang lawak dan atuk yang lucu.
nak pulak waktu tu anda boleh sental segala macam lauk pauk dan hidangan yang indah hasil air tangan penduduk kampung anda. sehari boleh sampai lima, enam set makanan yang anda santap.
masa sepupu aku kawen, malam tu sempat la kitorang bwat karoake stail family2 punya santai. ntah siapa yang nyanyi pun aku tak tau. nak kata family, tak kenal lak aku ni. mana taknye, penduduk dua tiga langkah kampung dari kampung aku pun boleh singgah, inikan pulak penduduk kampung seberang.
lepas kul 12mlm, akak aku mula lah nak me'nyumbang'kan lagu. aku pun kira terpengaruh jugak la. sempoi je nyanyi lagu matahariku kononnya hadiah hari jadi aku.dapat gak la bunga sejambak dua..heh..heh...
masa tu semua la sebuk nak berinai, konon amik berkat orang kawen. nasib baikla aku tak terjebak. lagi2 kalau ada yang tidur stail2 bergusti, tepuk2 nyamuk sampai ke muka. memang bertempek la inai tu di muka. lagi2 bila bangun subuh ada yang berair mata bila terpandang muka yang dah berceloreng gaya orang nak masuk hutan untuk berperang dengan bintang tiga. terpaksa la aku yang baik hati ni menyental muka masing2 untuk hilangkan inai tu...isk2..tak senonoh betul.
'yuma..yuma tgk muka aku ni..huhu'
'menyesal aku tak basuh dulu sebelum tido...'
'aku tak nak pakai inai lagi..' tu yang ayat paling aku takleh nak cover. aku tanya la dia nak pakai tak masa kawen nnt.
'aku tak nak pakai inai masa kawen, aku tak nak pakai inai lagi..'
hehehehheh..suka hati hang la
pukul 6.10 pg, aku dengar atuk aku membebel di bilik air, bercerita kesah aku dan akak menyanyi karoake semalam. dia kata buyut aku dulu bangsawan, penyanyi ghazal. akak aku pun tanya la dia kenapa dia tak karaoake semalam
'aku kalau karoake nyanyi lagu jepun'
akak aku punya la ketawa. stail2 orang ketawa kena tipu.
'betul...' start dari ayat tu, ntah apa perkataan yang keluar dari mulut dia pun aku tak pasti. memang betul lagu jepang.perghh...
'dulu abang kte blajar sekolah jepun. dia asik menayanyi je, tu yang kite ikut hafal sampai sekarang...'
lagu yang atuk aku nanyi adalah lagu kebangsaan jepun. lucu2..lu bayang la aku punya terkejut masa tu. aku ni yang dah bahasa spanish tahap 2 pun tak teringat sepatah nak buat ayat..heheh
mmg gila2 best buat kerja ramai2. rewang orang kampung la katakan. tapi yang paling tak best, bila anda makan lima, enam set makanan berat satu hari, anda akan merasakan sakit perut yang teramat sangat sepanjang hari keesokannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment