11/26/09

dilema seorang bukan pelajar, mistik bilik tidak berpenghuni

aku bukan lagi seorang pelajar. aku dah sedia maklum. nak buat apa lepas ni? xkan la dah nak sibuk2 kahwin pula (walaupun ada yang dah tanya 'awak nak kawin dengan saya tak?' semalam..hot2). atau mungkin daftar dengan ny body solution. sungguh mustahil.

untuk bekerja dan sibuk2 mencari kerja pun sudah lama modus operandi bermula. cuma belum gagah dengan ilmu temuduga yang bukunya mencecah beratus mukasurat dan tulisan bahasa asing yang kadang2 aku tak pasti apa maksudnya.

untuk minggu pertama, kerjaya aku adalah bibik sepenuh masa tanpa gaji dan misinya adalah memastikan keharmonian rumahtangga terjamin tanpa kuman2 dan kotoran degil, serta perut seisi rumah terisi dengan santapan yang berkhasiat. ini termasuk mengemaskini sebuah bilik yang dah setahun lebih tak berpenghuni. setelah sehari membanting tulang dan meranapkan sawang2 di bilik tersebut, dengan bergayanya aku mengambil langkah menidurkan diri di situ.

satu malam, ok lagi. ada sikit gemuruh.

dua malam, bangun tidur dah lebam2 badan.

tiga malam, aku lari2 dan tidur semula dalam bilik lama aku. mistik betul..kan3?

belum menamatkan dilema aku seorang bibik, kerjaya ini akan ku tamatkan dengan penuh kehormatan dengan meyusun strategik modus operandi selepas hari raya haji. siaplah semua kilang2 di johor ni!

dan,

Salam Aidil Adha. semoga kisah Ibrahim dan Ismail mengisi tabir keinsafan anda pada ketika ini.

1 comment:

  1. xpyh la ko bce buku temuduga 2..buang mse je..pe yg penting ko kn tau pe job discription keje yg ko mntak 2..ni pengalaman ak..die tny psl TQM,Kanban,JIT,UPH,dll..kalo ko tau at least basic thing psl benda alah ni ko da berjaya dpt keje..

    ReplyDelete